Ismail (empat dari kanan)
menyampaikan pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada wakil UTeM.
Melaka: Susunan formasi logo
terbesar menggunakan penutup botol plastik oleh Persatuan Kebudayaan dan
Kesenian Cina Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka mendapat pengiktirafan
Malaysia Book Of Records (MBOR).
Formasi logo dengan slogan
‘Don’t mess with Melaka’ berukuran 14.65 meter panjang dan 3.85 meter lebar itu
mengatasi rekod dicatatkan di Putrajaya pada 2014 dengan perbezaan saiz 20
peratus.
Lebih membanggakan ahli kelab
terbabit apabila rekod berkenaan diiktiraf pada sambutan Hari Malaysia di
Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ayer keroh, malam kelmarin.
Pengumuman pengiktirafan itu
disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar
Datuk Ismail Othman.
Wakil MBOR Lee Pooi Leng
berkata, kesungguhan 150 ahli persatuan itu amat dipuji dan usaha mereka perlu
diiktiraf pihaknya.
“Rekod ini cukup membanggakan
namun kami yakin akan ada cubaan lain untuk mengatasi catatan ini. Namun
sehingga kini, kami belum menerima permohonan untuk mencatat rekod dalam
kategori sama daripada mana-mana pihak.
“Ahli persatuan terbabit yang
juga penuntut UTeM menggunakan 40,000 penutup botol plastik untuk menyiapkan
formasi logo terbabit dalam tempoh empat hari saja,” katanya.
sumber-Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 19 September 2016 @ 5:48 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan