Rabu, 14 September 2016

Pelajar sambut Hari Kebangsaan

ARKIB : 01/09/1998
HARI Kebangsaan Ke-41 disambut di Padang Universiti Pulau Pinang tahun ini, tetapi semangatnya meresap di seluruh negara, semua warga Malaysia dan segenap peringkat umur.

Tema tahun ini ialah Negara Kita Tanggungjawab Kita.

Di sekolah-sekolah, sambutan Hari kebangsaan menjadi semakin penting, malah sepenting Hari Guru, khusunya kalau merujuk kepada suasana kegawatan ekonomi sekarang.

Di Sekolah Menengah (SM) Perimbun, Cheras, Selangor, sambutan diadakan secara sederhana, tetapi penuh bermakna.

Sambutan menjurus kepada rasa kecintaan pelajarnya terhadap bangsa dan negara yang merdeka, selain kibaran Jalur Gemilang yang menjadi simbolik dan kemuncak perayaan.

Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hamzah, Pelabuhan Klang, lebih 1,800 warga sekolah itu merentangkan 30 sepanduk menyatakan taat setia kepada negara.

Kata pengetuanya, Siti Zaharah Aman, semua guru menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memperkasa semangat patriotik di kalangan anak-anak Malaysia.

''Ruang legar dataran ilmu sekolah bergema dengan laungan 'merdeka' dan nyanyian lagu-lagu patriotik,'' ujarnya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm#ixzz4KI1muv6F

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan