22 OGOS 2016
Jemaah umrah
telan benang kiswah
WAKTU sejurus
selepas Subuh setiap 9 Zulhijah merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan oleh
umat Islam terutama di kota penuh sejarah ini untuk menyaksikan upacara menukar
Kiswah atau kelambu Kaabah baharu.
Menurut catatan
sejarah upacara pemasangan Kiswah telah berlaku sejak sebelum kelahiran
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW lagi.
Namun ramai yang
tidak mengetahui bagaimana Kiswah dihasilkan.
Petugas media
Lembaga Tabung Haji (TH) yang berkesempatan melawat Kilang Kiswah Kaabah yang
dibina pada 1977 oleh Bapa Pembangunan Arab Saudi, Al Malek Abdul Aziz bin
Abdul Rahman, dimaklumkan pekerja memerlukan masa hingga enam bulan untuk
menyiapkan sebuah Kiswah.
Jelas sekali,
keindahan dan kehalusan seni sulaman Kiswah dengan ayat-ayat suci al-Quran
tiada tandingan.
Ia dihasilkan dengan
menggunakan benang emas dan perak menerusi sentuhan kira-kira hampir 100
penyulam pakar.
Pengurus Besar
kilang berkenaan, Muhammad Abdullah Bajawda dalam taklimatnya memaklumkan bagi
menghasilkan sulaman berkenaan, pihaknya menggunakan emas seberat 120 kilogram
dan 120 kilogram perak yang disadur pada benang khas yang kesemuanya diimport
dari Jerman.
"Seberat 670
kilogram benang sutera yang diimport dari Itali pula digunakan
dalam
menghasilkan pemidang Kiswah ini," katanya menerusi penterjemah.
Muhammad berkata
tinggi Kiswah yang dihasilkan adalah lebih kurang 14 meter, ukuran lebar kain
Kiswah daripada bahagian dua rukun (sudut) ialah 10.78 meter, ukuran lebar
daripada bahagian Multazam ialah 12.50 meter.
"Manakala
ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Hajar Aswad ialah 10.50 meter
manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Bab Ibrahim ialah 13
meter," katanya.
Penghasilan
setiap Kiswah membabitkan kos kira-kira RM24 juta.
Beliau berkata
proses penghasilan Kiswah bermula ketika mencelup warna dan dimasukkan ke dalam
makmal bagi proses penegangan benang, daya tahan dan pergeseran benang-benang
sutera bagi memastikan ia mengikut spesifikasi.
"Kemudian
mesin berteknologi tinggi digunakan untuk menghasilkan pemidang kain Kiswah.
"Setelah
siap, kain berkenaan akan dicop ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan 'silk
screen' dengan dakwat warna putih dan kuning
termasuk lambang-lambang dan syiar yang berlainan ukuran," katanya.
Proses berikutnya
paling penting, iaitu menyulam benang emas dan perak pada huruf-huruf yang
sudah dibentuk.
Seterusnya
petugas akan menjahit kepingan-kepingan kain untuk dijadikan Kiswah lengkap.
Kiswah yang telah
siap dengan sempurna akan diserahkan kepada pihak pengurusan Masjidil Haram
kira-kira sembilan hari sebelum dipasang menggantikan yang lama pada binaan
Kaabah. - Bernama SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
22 OGOS 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan