Chong Wei
kekal No.1 dunia
17 September 2016
12:12 AM
KUALA LUMPUR 15
Sept. - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengekalkan kedudukan
sebagai pemain perseorangan nombor satu dunia sejak 9 Jun lepas dalam ranking
terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (WBF) hari ini.
Lee Chong Wei
Chong Wei,
pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 bulan lepas, mengumpul 91,773 mata
selepas beraksi dalam 14 kejohanan.
Jaguh Olimpik
Rio, Chen Long dan Lin Dan, kedua-duanya dari China, masing-masing menduduki
anak tangga kedua dan ketiga dengan mengumpul 86,984 dan 77,188 mata.
Beregu lelaki
utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong, yang turut merangkul pingat perak di
Rio, mengekalkan kedudukan di tempat keempat untuk minggu keempat
berturut-turut selepas mengumpul 63,237 mata.
Juara remaja
dunia Goh Jin Wei, yang menjadi naib juara Indonesia Masters baru-baru ini,
melonjak 14 anak tangga untuk menghuni ranking ke-36 dengan 31,706 mata.
Pemain
perseorangan wanita utama negara Tee Jing Yi mengekalkan kedudukan di anak
tangga ke-29 dengan 34,885 mata manakala beregu wanita negara Vivian Hoo-Woon
Khe Wei turut mengekalkan ranking ke-13 dengan 48,917 mata.
Pemenang pingat
perak Sukan olimpik Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga kekal di anak tangga
kelapan dengan 61,920 mata manakala Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melonjak enam
anak tangga untuk menghuni ranking ke-18 dalam acara beregu campuran.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/chong-wei-8232-kekal-no-1-dunia-1.383561#sthash.f2mv78lc.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan