Rabu, 14 September 2016

Dr. Adnan dilantik Timbalan Rektor HEP ITM baru

ARKIB : 18/08/1998
 
DR. WAN MOHAMAD (kanan) berjabat tangan dengan Dr. Adnan (kiri) yang menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), berkuat kuasa 15 Ogos lalu.

Dr. Wan Mohamad bersara wajib setelah berkhidmat selama 28 tahun di institusi berkenaan.

Beliau memulakan kerjaya di ITM sebagai pensyarah Kajian Sains Gunaan pada 1970.

Sepanjang berkhidmat, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting antaranya, Timbalan Pengetua ITM Cawangan Perlis (1974 - 1978), Pengetua ITM Cawangan Sabah (1978-1980), Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik (1983-1984) dan Timbalan Pengarah (Akademik & Hal Ehwal Pelajar, 1995 - Julai 1998).

Beliau dilantik memegang jawatan pertama Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) pada 1 Jun lalu.

Rektor ITM, Datuk Dr. Ahmad Zaidee Laidin ketika berucap pada majlis persaraan Dr. Wan Mohamad di Shah Alam baru-baru ini berkata ITM gembira dengan keputusan beliau meneruskan perkhidmatan di ITM sebagai pensyarah kontrak.

''Walaupun beliau mendapat tawaran menarik daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), semua tawaran itu ditolak bagi menyambung perkhidmatan selama dua tahun dengan ITM,'' katanya.

Sementara itu, Dr Wan Mohamad berkata beliau menolak untuk berkhidmat di IPTS kerana merasakan sumbangan beliau dalam memajukan anak bangsa (pelajar Bumiputera) masih diperlukan di ITM.

''Semangat kerjasama yang tinggi di kalangan kakitangan ITM boleh membangunkan institusi itu sekali gus mencapai hala tuju yang telah ditetapkan,'' katanya ketika berucap pada majlis yang sama.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm#ixzz4KH7uZKcz © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan