17 SEPTEMBER 2016
Loch Ness Gambar
raksasa tasik Loch Ness yang turut digelar ‘nessie’.
EDINBURGH –
SCOTLAND . Seorang pekerja di gudang wiski secara tidak sengaja berjaya
menangkap gambar raksasa tasik Loch Ness yang turut digelar ‘nessie’ lapor
Perkhidmatan Berita South West (SWNS).
Ian Bremner, 58
tahun menangkap gambar raksasa tersebut pada mulanya tidak menyangka bahawa itu
adalah ‘nessie’ namun setelah diteliti, kemungkinan besar gambar tersebut
adalah raksasa tasik itu.
Menurutnya, dia
berada di kawasan itu berhampiran dengan
persisiran barat tasik tersebut untuk mencari rusa merah.
“Ini merupakan
kali pertama saya melihat ‘nessie’. Tentu hebat jika saya orang pertama yang
dapat menjumpainya.
“Sebelum ini,
saya tidak begitu mempercayai kewujudannya namun kini saya sudah bertukar
fikiran,” katanya kepada The Scotsman.
Tiada siapa yang
menyangkal kemungkinan gambar yang diambil oleh Bremner itu adalah raksasa
tasik Loch Ness namun begitu masih tiada yang mengesahkan gambar tersebut
adalah benar.
Kali terakhir
‘nessie dilihat adalah pada tahun 2015 oleh Google Street View yang membolehkan
pengguna menyelami dasar tasik Loch Ness itu
SUMBER-SINAR HARIAN
ONLINE 17 SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan