Selasa, 20 September 2016

Penentangan rakyat Indonesia terhadap penjajah secara perlembagaan.


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Jepun cuba mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada pejuang nasionalis dan berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Indonesia. Jepun telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada 9 Mac 1943. Putera merupakan gabungan parti-parti politik Indonesia yang wujud sebelum kedatangan Jepun. Sukarno dilantik sebagai Presiden PUTERA dan Hatta sebagai Naib Presiden PUTERA. PUTERA dibenarkan bergerak dengan bebas oleh Jepun.[1]

      Sukarno menggunakan kesempatan ini untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dan perasaan anti-Jepun dalam kalangan rakyat Indonesia. Penubuhan PUTERA oleh Jepun sebenarnya adalah untuk mendapatkan kerjasama daripada penduduk Indonesia dan menggunakannya sebagai alat untuk mengukuhkan pemerintahan mereka di Indonesia. PUTERA menjadi lebih nasionalis dan bersikap anti-Jepun daripada pro-Jepun.

      Pada Disember 1943, PUTERA telah dibubarkan dan digantikan dengan Hokokai (Gerakan Kebangsaan Jawa) pada ahun 1944. Ahlinya merupakan bekas anggota PUTERA dan pengerusikan oleh Sukarno. Pada September 1943, Pembela Tanah Air (PETA) ditubuhkan untuk melatih tentera sukarela bagi membantu Jepun mempertahankan Indonesia daripada serangan Belanda. PETA juga sebenarnya tidak menyokong Jepun.[2] Melalui PETA juga mereka memperkuatkan semangat nassionalis dan sebagai asas ketenteraan untuk mendapatkan kemerdekaan.[3] 

      PETA mempunyai hubungan sulit dengan kumpulan anti-Jepun yang diketuai oleh Sutan Sjahrir yang terlibat dalam satu pemberontakan anti-Jepun di Blitar. Pemberontakan anti Jepun ini telah gagal. Amir Sjarifuddin telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Beliau digantikan oleh Sutan Sjahrir.

      Pada awal tahun 1945, gerakan anti-Jepun menjadi semakin kuat dan mengancam kedudukan Jepun. Ini menyebabkan Jepun mengambil tindakan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada  24 Ogos 1945.

      Setelah Amerika Syarikat menggugurkan bom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Sukarno dan kumpulan gerakan bawah tanah mengambil kesempatan untuk mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia jam 10.00 pagi pada 17 Ogos 1945 dan seterusnya pihak Belanda mengiktiraf tarikh kemerdekaan tersebut.[4]



[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 , (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,344.  
[2] Ibid,344.
[3] “Perjuangan Secara Berperlembagaan dan Bersenjata,” dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,136.
[4] Ibid,136.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan