TOREK SULONG | 02
September 2016 12:33 AM
Ismail Yaacob
(berdiri) bersama jemaah Masjid Mukim Telaga Papan menunjukkan tarikh kolah
lama masjid berkenaan di Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.
PASIR PUTEH 1
Sept. - Masjid Mukim Telaga Papan, di sini menyimpan khazanah sejarah yang
cukup berharga iaitu kolah atau tempat takungan air untuk mengambil wuduk yang
dipercayai berusia 664 tahun.
Usia kolah
tersebut yang dikatakan berasal dari Kuala Besut, Terengganu ditentukan
berdasarkan tahun ia dibina, iaitu 1352 sebagaimana tertera di dindingnya.
Imam Tua Masjid
Mukim Telaga Papan, Ismail Yaacob berkata, kolah konkrit tersebut yang masih
kekal digunakan sehingga hari ini merupakan lambang perpaduan masyarakat Islam
di sekitar Telaga Papan sejak sekian lama.
“Mengikut cerita,
kolah ini dibina secara gotong-royong di Kuala Besut. Binaan ini kemudiannya
diusung oleh 60 hingga 70 penduduk pada waktu itu untuk ditempatkan di sebuah
surau di Kampung Gajah Mati, kira-kira dua kilometer dari masjid ini.
“Hanya pada tahun
1967, penduduk sekali lagi sepakat mengusung kolah ini ke Masjid Mukim Telaga
Papan dan ia kekal di sini sehingga ke hari ini," katanya ketika ditemui
baru-baru ini.
Ismail berkata,
kolah itu menyerlahkan kehebatan penduduk zaman dahulu yang sanggup memerah
keringat untuk mengusungnya sehingga beberapa kilometer walaupun berat.
“Mereka
mengusungnya tanpa retak dan pecah. Kolah ini masih kukuh serta tidak
menunjukkan tanda ia akan rosak atau retak hingga sekarang. Ziarahlah ke masjid
ini untuk melihatnya.
“Sekarang,
dindingnya sudah ditampal dengan jubin oleh pihak pengurusan masjid supaya
nampak lebih cantik," katanya.
Menurut Ismail,
pengurusan masjid mempunyai pilihan membina kolah yang baharu namun mereka
mengambil keputusan untuk mengekalkannya supaya generasi akan datang mengetahui
sejarah dan semangat perpaduan masyarakat terdahulu.
“Kita mahu anak
mukim mengetahui dan mengenang sejarah kolah ini kerana ia mungkin merupakan
kolah paling lama yang masih ada dan digunakan di daerah ini.
“Kita juga mahu
generasi muda membayangkan betapa bersemangatnya nenek moyang mereka bersatu
padu dan sepakat dalam perkara berkaitan agama sehingga sanggup mengusungnya,”
katanya.
Tambahnya, kaedah
mengusung kolah sama seperti mengusung rumah iaitu dengan meletakkan kayu di
bawahnya dan orang ramai memgusungnya secara beramai-ramai.
“Jarak dua
kilometer terlalu jauh bagi masyarakat dahulu kerana mereka perlu melalui
kawasan hutan dan belukar. Kerja ini bukan sehari dua, tetapi selama
berhari-hari malah mungkin berminggu-minggu,” katanya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/kolah-berusia-664-tahun-1.377372#sthash.ZRTm0DN1.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan