Khamis, 15 September 2016

Noor Radiah raih gangsa lompat jauh


 

Noor Radiah raih gangsa lompat jauh
15 September 2016 11:37 PM
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Siti Noor Radiah Ismail, 23, menceriakan kem Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016 sebentar tadi apabila memenangi pingat gangsa dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) .
Siti Noor Radiah Ismail
Jaguh berusia 23 tahun itu melakukan lompatan sejauh 5.20 meter (m) sekali gus memecahkan rekod Asia 5.10m miliknya, yang dilakukan ketika atlet dari Segamat, Johor itu meraih pingat emas dalam Sukan Para Asia di Incheon pada 2014, yang juga catatan terbaik peribadi.
Seorang lagi atlet negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menduduki tempat keempat dengan lompatan sejauh 4.91m.
Pingat emas dan perak acara itu masing-masing diraih oleh Mikela Ristoski (5.67m) dari Croatia dan Karolina Kucharczyk (5.55m) dari Poland.
Dengan kejayaan Siti Noor Radiah, kontinjen negara kini telah memungut tiga emas dan satu gangsa. – UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/noor-radiah-raih-gangsa-lompat-jauh-1.383073#sthash.Yv6HkgfX.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan