Rabu, 21 September 2016

ZAABA DIISYTIHAR SEBAGAI PENDITA BAHASA MELAYU 21.9.1956



Pada hari ini 21.9.1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga yang diadakan di Johor Baharu telah mengistiharkan Zainal Abidin bin Ahmad atau Zaaba sebagai Pendita bahagian Melayu. Gelaran Pendita ini dianugerah memandangkan jasa-jasa dan sumbangan beliau terhadap bahasa dan kesusteraan Melayu. Zaaba atau Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau pernah bertugas sebagai penterjemah di Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Persekutuan Tanah Melayu, kemudian dipindahkan ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Di sini beliau telah banyak menyumbangkan tulisan-tulisannya di dalam Majalah Guru dan Al-Ikhwan. Beliau juga telah banyak mengarang buku-buku untuk Sekolah Melayu dan merupakan satu-satunya anak Melayu yang berpendidikan tinggi yang telah meletakkan asas yang kukuh dalam tata bahasa Melayu. Ini terbukti dari hasil karya Pelita Bahasa Melayu yang merupakan rujukan utama bagi seluruh masyarakat yang ingin mengetahui tentang Bahasa Melayu. Sesungguhnya Zaaba adalah seorang anak Melayu yang tidak jemu-jemu mengabdikan diri kepada bahasa dan kesusteraan Melayu sejak sebelum perang. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan