Pada hari ini 29.9.1968,
Akuarium Tunku Abdul Rahman di Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Perdana
Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Di antara tujuan utama akuarium
ini dibina ialah:-
Untuk mewujudkan satu pusat penyelidikan
yang lengkap bagi aktiviti-aktiviti perusahaan perikanan di samping mempamerkan
berbagai jenis ikan dan hidupan air serta segala barangan yang berkaitan dengan
perusahaan perikanan.
Akuarium ini mengandungi 3
bahagian iaitu bahagian pameran, bahagian muzium dan bahagian penyelidikan yang
diuruskan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Pulau Pinang. Di bahagian
pameran terdapat 41 buah tangki untuk pertunjukan, iaitu 25 buah untuk ikan air
masin dan 16 buah lagi untuk ikan air tawar. Terdapat 64 jenis ikan air tawar
dan 34 jenis ikan air masin yang dipamerkan. Di bahagian muzium pula di
pamerkan contoh-contoh dan rajah-rajah berkenaan kaji hayat, perkembangan peringkat
awal binatang-binatang air, plankton, alat-alat kaji laut, alat-alat menangkap
ikan, hasil-hasil perikanan dan keterangan-keterangan mengenai perikanan. Di
bahagian penyelidikan pula mengandungi makmal-makmal yang lengkap bagi
menjalankan kajian dan penyiasatan penyelidikan kaji hayat perikanan, kaji laut
dan limhology bagi kepentingan industri perikanan di negara ini. Dengan
perasmian Akuarium Tunku Abdul Rahman Pulau Pinang pada hari ini dalam tahun
1968, maka dapatlah dijalankan pelbagai penyelidikan mengenai perusahaan
perikanan di samping dapat mempamerkan berbagai jenis ikan yang jarang-jarang
dapat dilihat oleh orang ramai.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan