ARKIB : 15/08/1998
RATU boling, Shalin Zulkifli
memenangi pingat emas kedua pasukan negara apabila dia menjuarai acara
all-events dengan memecahkan rekod jatuhan pin pada Kejohanan Boling Remaja FIQ
Dunia di Inchon City, Korea Selatan, semalam.
Shalin mencatatkan rekod baru
berjumlah 3820 bagi mamadamkan rekod lama oleh pemain Taiwan, Wang Yu Ling
dengan 3,642 jatuhan pin yang dibuat pada tahun 1996.
Shalin yang akan beraksi pada
Sukan Komanwel XVI (KL '98), bulan depan sebelum ini memenangi satu lagi pingat
emas untuk negara pada acara individu wanita, Isnin lalu.
Pingat perak bagi acara
all-events ini dimenangi oleh pemain boling Korea Selatan, Nam Bo Ra dengan
jatuhan 3,729 pin dan gangsa dimenangi oleh pemain Australia, Maxim Nable
dengan 3,725 jatuhan pin. Nable merupakan juara di Kejohanan Asia dan adalah
anggota skuad Australia pada temaysa KL '98.
Pemain pilihan dari Korea
Selatan, yang sebelum ini berada di tempat kedua kelmarin, gagal menyerlah
semalam selepas hanya mampu menduduki tempat keempat apabila mengutip 1,196
jatuhan pin pada acara berpasukan.
Rakan senegara Shalin, Low Poh
Lian menamatkan cabaran semalam dengan menduduki tempat ke-10 dan melayakkan
dia beraksi pada acara masters akhir hari ini selepas tersenarai dalam 16
pemain.
Manakala seorang lagi pemain
negara, Lai Kin Ngoh yang bermain dengan baik kelmarin, hanya ketinggalan lima
jatuhn pin untuk tersingkir dalam kumpulan 16 pemain itu apabila dia menduduki
tempat ke-17.
Pasukan negara yang menguasai
permainan selepas blok pertama, kelmarin berhadapan kesukaran pada blok kedua
semalam untuk berada di tempat ketiga.
Selepas mendahului permainan,
pasukan Korea kembali menguasai permainan dengan mendahului mereka menerusi
4,842 jatuhan pin dan diikuti oleh pasukan Amerika Syarikat yang memenangi
pingat perak.
Pasukan lelaki yang tidak
memberikan persembahan terbaik kelmarin pada blok pertama, berusaha keras untuk
memperbaiki kedudukan pada tempat keempat dengan 4,822 jatuhan pin.
Dua dari rakan dalam pasukan
itu, Alex Liew dan Kamarul Azwan, layak ke pusingan masters akhir selepas Alex
menamatkan permainan di tempat ke-9 dalam acara all-events dengan jumlah 3,657
jatuhan pin dan Kamarul di tempat ke-10 dengan 3,655 jatuhan pin.
Pasukan Jepun memenangi pingat
emas dengan 4,951 jatuhan pin, diikuti Amerika Syarikat di tempat kedua dengan
4,911 jatuhan pin, sementara Finland di tempat ketiga, 4,903.
Bagi acara all-events lelaki,
pingat emas dimenangi oleh pemain Finland, Petteri Salonen selepas dia
melakukan 3,795 jatuhan pin, sementara pingat perak dimenangi oleh pemain
Amerika Syarikat, Swan Evans yang melakukan 3,791 jatuhan pin dan gangsa
dimenangi pemain Qatar, Mubarak Alim Aj, 3,765.
Pemain negara, Lai Chuen Lian,
menamatkan cabaran di tempat ke-18 dan gagal beraksi pada acara masters selepas
ketinggalan dua jatihan pin.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4KFQOsk00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan