NOR AZAN FITRI
wAHMAD
HIDZIR |
26 September 2016 12:09 AM
LEE CHONG WEI bergurau dengan
Jan O Jorgensen ketika majlis penyampaian hadiah Terbuka Jepun di Tokyo
semalam. Chong Wei menang 21-18, 15-21, 21-16 dalam masa lebih sejam. AFP
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Jaguh
badminton negara Datuk Lee Chong Wei melebarkan rekodnya selaku juara terbanyak
Siri Super Terbuka Jepun namun terpaksa bekerja keras sebelum merangkul
kejuaraan keenamnya di Tokyo hari ini.
Terbuka Jepun jelas begitu
bermakna kepada Chong Wei, yang memenanginya kali pertama pada 2007. Dia
mengulanginya pada 2010 sebelum menang tiga kali berturut-turut pada 2012
hingga 2014.
Bagaimanapun, kemenangan
terbaru pemain No.1 dunia itu diperoleh dengan kerja keras apabila berhempas pulas
selama lebih sejam sebelum menundukkan pilihan kelima dari Denmark, Jan O
Jorgensen 21-18, 15-21, 21-16 dalam aksi yang cukup sengit.
Kejayaan ketiga berturut-turut
tahun ini ke atas Jorgensen itu merupakan kemenangan ke-17 Chong Wei daripada
18 pertemuan dengan bintang Denmark itu dan hanya tewas pada 2009.
Bintang Denmark itu hampir
menamatkan kemarau kejuaraan selama tujuh tahun ke atas bintang No.1 dunia
berusia 34 tahun itu tetapi gagal melaksanakannya di set penentuan meskipun
berjaya mengekori rapat 16-17.
Beberapa siri kesilapan yang
dilakukan Jorgensen membolehkan Chong Wei meneruskan kecemerlangannya di Jepun
sekali gus merangkul kejuaraan Siri Super yang ke-44 daripada 65 kejuaraan yang
diraihnya secara keseluruhan.
Jurulatih perseorangan negara
Hendrawan jelas gembira dengan kejayaan itu sambil menyifatkan semua
perancangan yang diatur berjalan dengan baik.
Katanya, dia sudah menjangkakan
tentangan sengit daripada Jorgensen terutama melibatkan permainan di jaring
yang membuatkan Chong Wei terpaksa mengubah strategi permainan dengan
menghantar bola ke belakang gelanggang.
“Persaingan sengit seperti ini
sudah saya jangka kerana kali terakhir mereka bertemu di Indonesia (Siri Super
Premier) sebelum ini juga sama, mereka beraksi hingga set penentuan.
“Hari ini Jorgensen bermain
sangat bagus terutama di jaring tetapi tidak menjadi masalah kepada Chong Wei
untuk mengubah corak serangan bagi meraih kejuaraan,” katanya.
Kejayaan di Siri Super Jepun
itu merupakan kejuaraan pertama Chong Wei selepas menamatkan saingan dalam
Sukan Olimpik Rio di mana dia mengutip pingat perak ketiga berturut-turut
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/chong-wei-juara-kali-keenam-1.387158#sthash.ZdVhm9nI.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan