ZAZALI JAMIAN | 30
September 2016 12:09 AM
Khairul HAFIZ JANTAN akan
tercatat dalam MBOR sebagai manusia
KHAIRUL HAFIZ JANTAN akan
tercatat dalam MBOR sebagai manusia terpantas di Malaysia setelah dia
memecahkan rekod 100m M. Jegathesan yang berusia 18 tahun ketika bersaing dalam
Sukma Sarawak Julai lalu.
KUALA LUMPUR 29 Sept. -
Malaysia Book of Record (MBOR) hari ini mengiktiraf jaguh pecut negara Khairul
Hafiz Jantan sebagai manusia terpantas di Malaysia dan turut merancang
mengiktiraf kejayaan atlet Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik negara atas
pencapaian mereka di Rio, Brazil.
Pengarah Operasi MBOR,
Christopher Wong berkata pengiktirafan ke atas Khairul Hafiz adalah kerana
keupayaan luar biasanya memperbaharui rekod kebangsaan berusia 18 tahun dengan
catatan dilakukannya 10.18s dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak Julai lalu.
Christopher menjelaskan ini
juga adalah antara usaha pihaknya untuk menjadikan kejayaan Khairul Hafiz
sebagai inspirasi kepada atlet lain.
“Kejayaan Khairul Hafiz ini
membuatkan kami terpanggil untuk mengiktiraf dia sebagai manusia terpantas di
Malaysia, tambahan pula kejayaannya diraih dalam usia yang muda.
“Kami percaya apa yang
dilakukan oleh Khairul Hafiz ini sesuatu yang luar biasa untuk dilakukan oleh
manusia biasa di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini,
hari ini.
Christopher berkata, pihaknya
juga kini menunggu maklum balas daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk
mengaturkan majlis pengiktirafan terhadap pencapaian terbaik Malaysia dalam
Sukan Olimpik Rio 2016 selepas membawa pulang empat pingat perak dan satu
gangsa.
“Pencapaian atlet para juga
amat mengagumkan dalam Sukan Paralimpik apabila membawa pulang tiga pingat emas
dan satu gangsa dan kejayaan mereka itu wajar mendapat pengiktirafan.
“Kami juga akan mengiktiraf
kejayaan atlet negara dalam Sukan Olimpik 2016 dan Sukan Paralimpik secara
individu berdasarkan pencapaian masing-masing, sebagai contoh Azizulhasni Awang
yang meraih pingat pertama negara menerusi acara berbasikal Sukan Olimpik dan
lain-lain,” katanya.
Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 30
September 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan