Oleh-AHMAD BIN
YAAKOB
Pertanian
Vietnam merupakan antara pengeluar utama beras dunia.
Kawasan pengeluaran padi yang utama ialah Lembah Song-koi (Sungai Merah) di bahagian
utara dan Lembah Mekong (Cochin-China).Beras mennrmbang sebanyak 65 peratus
dari jumlah nilai eksport negara itu. Padi meliputi lima perenam daripada
jumlah kawasan pertanian. Pengeluaran beras dari Vietnam bertambah lima kali
ganda antara tahun 1870 dan tahun 1930.[1]
Perusahaan
Masyarakat kampung Vietnam melibatkan diri dalam
perusahaan seperti membuat tembikar, tenunan, menganyam, dan
bertukang.Biasanya, mereka akan merahsiakan tradisi perusahaan dan kemahiran
mereka. Satu cara untuk mencapai hasrat ini ialah melarang kaum wanitanya
daripada berkahwin dengan lelaki dari kampung lain. Mereka tidak akan mengajar
kemahiran tersebut kepada orang luar.
Masyarakat
kampung lebih suka melakukan perusahaan pertukangan kerana mendapat lebih
pengiktirafan berbanding dengan pekerjaan bercucuk tanam. Ini kerana mereka
akan dikecualikan daripada sistem kerahan dan pembayaran cukai. Walau
bagaimanapun, mereka perlu menyerahkan hasil pertukangan mereka kepada maharaja
sebagai ganti pembayaran cukai.[2]
Perdagangan
Kegiatan perdagangan amat terhad dan hanya berlaku di
kawasan daratan dan bukit di pedalaman. Kegiatan perdagangan dijalankan sebagai
tukaran untuk barangan lain. Kayu dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan
barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam, dan kapur.Hubungan perdagangan
antara Vietnam dan negara luar juga terhad. Perdagangan biasanya dijalankan
dengan negara Siam dan China.
Buktinya, pedagang asing yang dibenarkan berniaga di
pelabuhan Vietnam hanyalah tongkang-tongkang dari negara China dan Siam. Barang
dagangan antara negara Siam dan Annam ialah hasil pengeluaran seperti rempah,
besi, lada, gula, dan beberapa barangan mewah. Pedagang-pedagang dari China
pula mendapatkan bahan galian seperti perak
Perniagaan
arak juga dijalankan oleh masyarakat yang melibatkan diri dalam penanaman padi.
Arak ialah hasil sampingan yang utama daripada beras. Penyulingan arak atau air
tapai telah lama diusahakan di kampungkampung Vietnam. Wujud juga pengkhususan
dalam membuat arak daripada beras.
Perlombongan
Aktiviti perlombongan juga diusahakan oleh masyarakat
Vietnam. Hasil perlombongan utama ialah arang batu. Longgokan arang batu
terdapat di Quang Yen.[3]
Perikanan
Perusahaan perikanan dijalankan di Tasik Tonle Sap.
Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk
dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran
Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.
Ekonomi Komersial
Pertanian
Vietnam merupakan antara pengeluar utama beras dunia.
Kawasan pengeluaran padi yang utama ialah Lembah Song-koi (Sungai Merah) di bahagian
utara dan Lembah Mekong (Cochin-China).Beras mennrmbang sebanyak 65 peratus
dari jumlah nilai eksport negara itu. Padi meliputi lima perenam daripada
jumlah kawasan pertanian. Pengeluaran beras dari Vietnam bertambah lima kali
ganda antara tahun 1870 dan tahun 1930.
Perusahaan
Masyarakat kampung Vietnam melibatkan diri dalam
perusahaan seperti membuat tembikar, tenunan, menganyam, dan
bertukang.Biasanya, mereka akan merahsiakan tradisi perusahaan dan kemahiran
mereka. Satu cara untuk mencapai hasrat ini ialah melarang kaum wanitanya
daripada berkahwin dengan lelaki dari kampung lain. Mereka tidak akan mengajar
kemahiran tersebut kepada orang luar.
Masyarakat
kampung lebih suka melakukan perusahaan pertukangan kerana mendapat lebih
pengiktirafan berbanding dengan pekerjaan bercucuk tanam. Ini kerana mereka
akan dikecualikan daripada sistem kerahan dan pembayaran cukai. Walau
bagaimanapun, mereka perlu menyerahkan hasil pertukangan mereka kepada maharaja
sebagai ganti pembayaran cukai.
Perdagangan
Kegiatan perdagangan amat terhad dan hanya berlaku di
kawasan daratan dan bukit di pedalaman. Kegiatan perdagangan dijalankan sebagai
tukaran untuk barangan lain. Kayu dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan
barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam, dan kapur.Hubungan perdagangan
antara Vietnam dan negara luar juga terhad. Perdagangan biasanya dijalankan
dengan negara Siam dan China.
Buktinya, pedagang asing yang dibenarkan berniaga di
pelabuhan Vietnam hanyalah tongkang-tongkang dari negara China dan Siam. Barang
dagangan antara negara Siam dan Annam ialah hasil pengeluaran seperti rempah,
besi, lada, gula, dan beberapa barangan mewah. Pedagang-pedagang dari China
pula mendapatkan bahan galian seperti perak
Perniagaan
arak juga dijalankan oleh masyarakat yang melibatkan diri dalam penanaman padi.
Arak ialah hasil sampingan yang utama daripada beras. Penyulingan arak atau air
tapai telah lama diusahakan di kampungkampung Vietnam. Wujud juga pengkhususan
dalam membuat arak daripada beras.
Perlombongan
Aktiviti perlombongan juga diusahakan oleh masyarakat
Vietnam. Hasil perlombongan utama ialah arang batu. Longgokan arang batu
terdapat di Quang Yen.
Perikanan
Perusahaan perikanan dijalankan di Tasik Tonle Sap.
Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk
dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran
Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan