ARKIB : 30/07/1998
LENGANG... Kakitangan Pusat
Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Singapura kini sedang menjalankan
kerja-kerja terakhir sebelum mereka berpindah sepenuhnya dari Tanjong Pagar ke
Woodlands, Sabtu ini.
Tinjauan Utusan di CIQ
Woodlands kira-kira pukul 1 tengah hari semalam mendapati pusat pemeriksaan
imigresen dan kastam Singapura bagi penumpang kereta api, dilengkapi alat hawa
dingin.
Bagaimanapun tiada seorang pun
pegawai imigresen dan kastam Malaysia di pusat itu, yang kelihatan hanyalah
beberapa kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berada di platform
bagi mengambil lesen perjalanan (gelung besi) dari pemandu lokomotif KTMB yang
datang dari arah Johor Bahru menuju ke Stesen KTMB Tanjong Pagar, Singapura.
* KERETA api dari arah Johor
Bahru melalui pusat pemeriksaan Woodlands yang baru bagi perjalanan ke Stesen
KTM di Tanjong Pagar, Singapura semalam.
KUALA LUMPUR 29 Julai - Naib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Republik Singapura tidak
wajar membuat keputusan secara sehala berhubung tindakan untuk memindahkan
Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantinnya (CIQ) dari Stesen Kereta Api Tanjong
Pagar ke Woodlands.
Beliau berkata, republik itu
sepatutnya membuat sesuatu keputusan yang membabitkan hubungan diplomatik
antara kedua-dua negara berdasarkan semangat muafakat yang sudah terjalin sejak
sekian lama.
''Kita harap Singapura
menghormati keputusan kita untuk tidak memindahkan CIQ kita sepertimana yang
diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad),'' katanya di
sini, hari ini.
Beliau menyatakan demikian
kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ketegasan Perdana Menteri
untuk tidak memindahkan CIQ ke Woodlands berkuat kuasa Sabtu ini.
Ketegasan Dr. Mahathir terhadap
isu terbaru yang menimbulkan perbalahan diplomatik dengan Singapura itu telah
mendapat sokongan semua pihak dari pemimpin negara sehingga kepada pengguna
kereta api itu sendiri.
Dalam hubungan ini, Najib
berkata, Singapura wajar membuat sesuatu keputusan mengenai perkara berkenaan
mengikut lunas undang-undang yang sebenarnya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_01.htm#ixzz4KBeMprKz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan