Rabu, 14 September 2016

Ong julang nama Malaysia

ARKIB : 11/08/1998
Jelas kemenangan itu boleh diibaratkan sebagai hadiah kepada negara sempena menyambut kemerdekaan ke-41 pada 31 Ogos ini sekali gus menjulang nama negara di mata dunia.

Berita gembira itu juga sudah pasti memberi semangat dan harapan kepada atlet negara yang akan mewakili Malaysia dalam Sukan Komanwel '98 (KL '98) bermula 11 September ini.

Semangat kental Ong seharusnya dipuji kerana berazam untuk menjadi jaguh dunia dan cita-cita itu sudah menjadi kenyataan.

Meskipun hanya menjadi jaguh dunia peringkat remaja, kejayaan itu cukup manis untuk

Beliau yang menewaskan pemain Mesir, Wael Hatem El Hendy dengan 7-9, 9-5, 9-0, 9-5 pada perlawanan akhir Skuasy Dunia Princeton University, New Jersey mengambil masa 60 minit untuk menjulang nama Malaysia di sana.

Ong yang mendapat bye pada pusingan pertama memulakan kemaraan menewaskan Juan Jose Jimenez dari Columbia 9-4, 9-3, 9-1.

Kemenangan di pusingan kedua diteruskan ke atas Stefan Simm dengan kemenangan 9-4, 9-3, 9-2 di pusingan ketiga.

Meskipun mendapat tentangan hebat dalam pusingan keempat tetapi Ong berjaya melepasi halangan dengan menumpaskan Gavin Jones dari Wales, 9-2, 9-6, 10-8.

Kehebatannya semakin terserlah apabila menumpaskan Mohamed Abbas dari Mesir 2-9, 9-5, 9-0, 9-0 dalam suku akhir dan Mohamed Hussain (Pakistan), 9-4, 6-9, 10-9, 9-2 semasa separuh akhir.

Ong yang sebelum ini meraih perak semasa Sukan SEA '97 di Jakarta dalam acara perseorangan dan emas untuk berpasukan juga pernah menjuarai Kejohanan Terbuka Remaja British bawah 16 dan Terbuka Remaja Scottish bawah 19 tahun.

Beliau juga pernah bersama skuad berpasukan layak ke suku akhir Terbuka Dunia untuk kali pertama. Pada tahun ini sahaja, Ong juga menjuarai Kejuaraan Bawah 19 Tahun British sebelum mencipta nama di New Jersey.

Kejayaan itu sekali gus memberi harapan cerah kepada perkembangan sukan skuasy negara selepas menunggu selama 25 tahun bagi melahirkan jaguh dunia.

SUMBER UM ONLINE ARKIB : 11/08/1998

Tiada ulasan:

Catat Ulasan