Rabu, 14 September 2016

Skuasy: Beng Hee muncul juara

ARKIB : 10/08/1998
ONG Beng Hee muncul pemain pertama negara yang menjuarai Kejohanan Skuasy Remaja Dunia apabila menewaskan pemain Mesir, Wael Hatem El-Hendry pada perlawanan akhir di Universiti Princeton, New Jersey, semalam.

Beng Hee, 18, yang juga pilihan pertama kejohanan berjaya mengatasi kehebatan Wael Hatem yang juga pilihan kelima kejohanan dalam permainan empat set.

Dia yang tewas set pertama dengan 7-9 kerana melakukan beberapa kesilapan termasuk melepaskan pukulan ke bahagian tengah gelanggang, menyebabkan pengadil memberikan strok kepada lawan yang mengutip mata demi mata.

Begitu pun, Beng Hee bangkit menemui rentaknya untuk menguasai sepenuhnya tiga set berikutnya dengan 9-5, 9-0 dan 9-5 untuk mengesahkan kemenangan.

Kemenangan ini mencerahkan sedikit harapan buat pemain kedua negara itu untuk sekurang-kurangnya memperbaiki kedudukan dalam senarai pemain dunia pada Sukan Komanwel, September ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4KEtSKEv6 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan