Selasa, 13 September 2016

Dr. M lancar kempen derma buku


 

ARKIB : 04/08/1998
Dr. M lancar kempen derma buku
DR. MAHATHIR mendermakan 10 buah buku sempena Kempen Derma Buku yang dilancarkannya di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur semalam. Memerhatikan ialah Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Kempen Derma Buku, sebuah projek amal sempena Bulan Membaca.

Dr. Mahathir memulakan program kutipan buku selama dua bulan itu dengan menderma 12 buah buku yang diletakkan dalam kotak pungutan di Stesen Minyak Petronas Sri Hartamas di sini.

Buku-buku yang didermakan oleh Dr. Mahathir termasuk Gone With The Wind, A Safe Area, Islam and The Economic Challenge and Mastering Modern English Usage.

Turut memberikan sumbangan ialah menteri-menteri.

Kempen itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Petronas, Pos Malaysia, Perpustakaan Negara dan Radio Televisyen Malaysia dan Astro. Ia akan berakhir pada 30 September.

Melalui kempen itu, orang ramai boleh meninggalkan buku-buku baru atau terpakai di mana-mana stesen servis Petronas atau Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara.

Buku-buku itu akan diedarkan kepada pertubuhan amal dan perpustakaan awam yang terpilih.- Bernama.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm#ixzz4KCnS4VB0 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan