Selasa, 13 September 2016

Bekas Timbalan KPN meninggal dunia

 
Allahyarham Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Kudus Alias. - Foto Arkib NSTP
BERNAMA
Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Kudus Alias meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini hari ini, kerana sakit tua.

Anak kedua Allahyarham, Maznah Kudus, 59, berkata bapanya yang berusia 86 tahun meninggal pada 10.25 pagi.

"Bapa dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lalu kerana kesukaran bernafas," katanya.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 3.40 petang.

Abdul Kudus yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1980-an, meninggalkan isteri Puan Sri Nely Ainor Abdullah, 84, serta enam anak.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 8:06 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan