ARKIB : 01/08/1998
TUANKU Ja'afar memberi tabik hormat
ketika memeriksa perbarisan anggota dan pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja
(RAMD) di Tugu Negara, Kuala Lumpur semalam.
Hari Pahlawan yang bertujuan
memperingati pengorbanan perajurit negara yang gugur dalam mempertahankan tanah
air disambut di seluruh negara semalam.
Di ibu negara, upacara penuh
dengan istiadat ketenteraan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku
Ja'afar di Tugu Negara.
Upacara penuh tradisi
ketenteraan itu dimulakan dengan perbarisan kehormatan oleh anggota dan pegawai
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diikuti dengan lagu Last Post.
Turut meletakkan kalungan bunga
ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Panglima Angkatan
Tentera, Jeneral Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul
Rahim Noor.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz4KBtPZEdW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan