ARKIB : 30/07/1998
KUALA LUMPUR 29 Julai - Stesen
swasta TV3 yang pertama memperkenalkan siaran 24 jam di negara ini setahun
lalu, terpaksa memendekkan waktu siarannya kepada 19 1/2 jam, mulai Sabtu ini.
Jurucakap stesen TV itu
berkata, langkah itu diambil berikutan gagal menarik banyak penonton dan
pengiklanan.
Katanya, ini bermakna, mulai
Sabtu ini, waktu siarannya bermula dari pukul 6 pagi hingga 2.30 pagi.
Stesen swasta itu
memperkenalkan waktu siaran 24 jam pada 31 Ogos tahun lalu sempena Hari
Kebangsaan ke-40.
Menurut jurucakap berkenaan,
krisis ekonomi yang dialami sejak Julai tahun lalu, turut memberi kesan negatif
kepada industri penyiaran.
Pada masa ini, waktu siaran TV3
dari awal pagi hingga pukul 6 pagi, slotnya banyak diisi dengan rancangan
ulangan atau terbitan stesen itu sendiri.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_05.htm#ixzz4KBjCZUyY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan