Isnin, 5 September 2016

COURT OF ASSIZES ATAU SESSIONS OF OYER AND TERMINER TELAH DITUBUHKAN DI PULAU PINANG

Pulau Pinang secara rasminya telah diambil alih oleh pihak Inggeris pada 1786. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Inggeris untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan sistematik. Di antara bidang yang diambil berat oleh pihak Inggeris adalah berkaitan dengan undang-undang. Pada hari ini 5 September 1808, pihak Inggeris telah menubuhkan Court of Assizes atau Session of Oyer and Terminer. Ianya merupakan Mahkamah bergerak dari satu tempat ke tempat lain yakni keadilan di hantar ke kawasan -kawasan terpencil. Mahkamah ini membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan jenayah berat. Kewujudan mahkamah ini berikutan dengan terdapat banyak kes-kes yang masih lagi tertangguh dan juga tuntutan daripada pesalah supaya kes mereka disemak atau dibicarakan semula memandangkan keadaan pentadbiran keadilan undang-undang dahulu yang tidak begitu sempurna. Bagi mengadili di bawah mahkamah ini: Si dituduh akan dibicarakan dengan keadilan para juri. Selain itu, keadilan di mahkamah ini juga mengambilkira kepada agama, kebiasaan dan adat resam penduduk setempat. Ekoran daripada masalah berkaitan dengan juri yang tidak dapat menghadiri setiap kali perbicaraan dijalankan, mahkamah ini meluluskan satu peraturan iaitu mahkamah hanya akan bersidang 4 kali sahaja setahun iaitu pada 6 Mac, 6 Jun, 6 September dan 2 September setiap tahun. Peri pentingnya mahkamah ini, dapat dilihat usaha-usaha Kerajaan Inggeris pada masa tersebut melihat kerencaman masyarakat yang ada baik dalam soal kaum, juga agama  serta  adat istiadat.

SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan