ARKIB : 28/05/1998
Anyaoku kunjungi Dr. Mahathir
DR. MAHATHIR Mohamad berbincang
dengan Setiausaha Agung Komanwel, Chief Ameka Anyaoku di Pejabat Perdana
Menteri, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Bernama.
KUALA LUMPUR 27 Mei -
Setiausaha Agung Komanwel, Chief Emeka Anyaoku hari ini mengunjungi Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di pejabatnya di sini.
Anyaoku, yang berada di sini
untuk menghadiri upacara pembukaan mesyuarat Menteri-Menteri Belia Komanwel
malam ini, menghabiskan masa hampir satu jam berbincang dengan Perdana Menteri.
Menteri Belia dan Sukan, Tan
Sri Muhyiddin Yassin akan mewakili Dr. Mahathir merasmikan mesyuarat tiga hari
itu. - Bernama.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm#ixzz4JrsXRbM6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan