Isnin, 12 September 2016

Kremlin mahu penyelesaian politik di Kosovo

ARKIB : 29/06/1998
MOSCOW menghendaki penyelesaian politik di Kosovo, dan mengatakan terus bahawa ia tidak akan membiarkan jalan kekerasan dalam perkembangan situasi di Balkan dan tidak akan menyetujui sekatan ekonomi melawan Nelgrado.

Setelah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan operasi ketenteraan ke atas Macedonia dan di Albania dengan armada pesawat terbang sebanyak 84 pesawat, Menteri Pertahanan Rusia, Igor Sergerev lantas menyatakan bahawa operasi itu tidak disetujui Rusia.

Sejurus itu, Kementerian Pertahanan Rusia segera memanggil pulang wakil Rusia di NATO Viktor Zavarzin, ke Moscow. Presiden Boris Yeltsin segera mengundang Presiden Slobodan Milosevic ke Moscow agar mendamaikan Yugoslavia dengan NATO.

M. Short, Jeneral Amerika, pemerintah operasi itu mengatakan bahawa operasi itu dimaksudkan untuk mendemonstrasikan ''kehendak NATO mencapai perdamaian di kawasan Balkan'' dan ''kesanggupan menyelesaikan krisis Kosovo itu dengan secepat mungkin''.

Sementara itu, para pemerhati politik di Moscow menyifatkan operasi NATO itu sebagai suatu desakan Barat terhadap Kremlin, agar Moscow mengambil ''sikap keras'' yang sama. Operasi NATO itu memperlihatkan juga bahawa Barat sudah dapat bertindak sesuka hati dan ingin campur tangan dalam urusan dalaman Yugoslavia dan rupanya memiliki interpretasi sendiri berhubung definisi ''setiakawan demi perdamaian''.

Akhbar berpengaruh Nazavisimaya menyifatkan tindak-tanduk NATO itu sebagai menganut politik double-standard. Pertemuan Boris Yeltsin dengan Slobodan Milosevic di Kremlin minggu lalu dilihat begitu penting sekali ertinya. Sudah diketahui bahawa Yeltsin dalam perundingan itu akan tampil atas nama semua anggota kumpulan penghubung mengenai bekas Yugo yang mencakup kecuali Rusia, AS, Perancis, Inggeris, Jerman dan Itali.

Bahawa perundingan itu amat sekali diperlihatkan, bahawa sehari sebelum perundingan Boris Yeltsin telah bercakap melalui telefon dengan Bill Clinton.

Beliau telah memberitahu rakan sejawatnya bahawa Rusia tetap tampil melawan penggunaan kekuatan asing untuk memecahkan krisis Kosovo.

Dan Moscow, memang, ingin membuat segala sesuatu agar mencegah aksi tentera NATO. Ini dapat dilihat dari hal bahawa perundingan diadakan dengan dua tahap. - Utusan.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm#ixzz4K1nb3g76 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan