Isnin, 12 September 2016

Komputer di sekolah: Peruntukan tidak mencukupi

ARKIB : 06/07/1998
PERUNTUKAN kerajaan tidak mencukupi untuk melengkapi sekolah-sekolah dengan perisian dan komputer yang releven, kalau mengambil kira statistik bilangan sekolah rendah dan menengah sebanyak 10,000 menjelang 2010.

Kata Timbalan Menteri Pendidikan, kebanyakan sekolah sekarang masih berada dalam tahap awal penggunaan komputer.

''Sudahlah kita perlu membekalkan infrastruktur, kita juga perlu melengkapkan guru dengan pengetahuan secukupnya.

''Ia (pengetahuan yang cukup) penting kerana keperluan pelajar dan kehendak guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikhuatiri akan bercanggah,'' katanya dalam ucapan yang dibaca oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Swasta, Sri Nusa Ahmad Thaharuddin baru-baru ini.

Ucapan disampaikan semasa majlis perasmian seminar Teknologi Dalam Pendidikan anjuran Hewlett Packard, Futurekids dan Microsoft di Kuala Lumpur.

Khalid menambah, pada 2010, bilangan pelajar akan mencecah 5.8 juta dan guru pula 450,000 orang.

Beliau berkata, sekolah tidak sepatutnya membeli komputer semata-mata merasakan komputer perlu 'berada' di sekolah itu.

''Akibatnya, pernah berlaku terdapat ketidakserasian keperluan pelajar dengan kehendak guru.

''Murid-murid disogokkan dengan maklumat melalui media massa dan Internet, dan didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang berbeza-beza sehingga menimbulkan kekeliruan dan ketegangan dalam kelas,'' katanya.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm#ixzz4K2XVoehl

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan