Isnin, 12 September 2016

Ke akhir lagi

ARKIB : 09/07/1998
 
SEBAHAGIAN penyokong Brazil meraikan kejayaan pasukan mereka mara ke akhir Piala Dunia 1998 selepas menewaskan Belanda 4-2 menerusi tendangan penalti pada perlawanan separuh akhir di Stade Velodrome, Marseille, Perancis, kelmarin. - Gambar AFP.

Brazil sekali lagi melakar sejarah bola sepak dunia apabila melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali keenam selepas menewaskan Belanda pada perlawanan separuh akhir di Stade Velodrome, Marseille, Perancis, kelmarin.

Juara bertahan itu menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas mereka terikat 1-1 pada permainan biasa dan masa tambahan.

Kejayaan skuad ''raja samba'' dari Amerika Selatan itu ke akhir adalah kali kedua berturut-turut selepas USA '94 dan mereka kini memburu kejuaraan kali kelima Piala Dunia pada perlawanan akhir Perancis '98, 13 Julai ini menentang pemenang antara Perancis dengan Croatia.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz4K2ni4yVA © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan