OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
ANALISA BAHAGIAN A
SOALAN STPM PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum
tahun 1874.
2. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun
singkat telah meninggalkan pelbagai kesan tehadap aspek politik, sosial dan
ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.
3. Bincangkan usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN
PENGGAL 3/2013 U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum
campur tangan British lebih bersifat sara diri. Walau bagaimanapun, terdapat
juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan. Bincangkan.
2. Analisiskan sebab-sebab berlakunya
penentangan terhadap penjajah British oleh pemimpin tempatan di Perak padaabad
ke-19 dan di Terengganu pada awal abad ke-20.
3. Bincangkan usaha yang telah dijalankan
oleh kerajaan bagi mewujudkan pembangunan sosial melalui pelaksanaan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Bincangkan peranan undang-undang adat
dalam mengekalkan keharmonian masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan
British.
2. “ Selain daripada beberapa faktor yang
lain, masalah kewangan Pahang dikatakan mempengaruhi British untuk menubuhkan
Neger-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.” Bincangkan pernyataan tersebut.
3. Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia
dari tahun 1956 hingga tahun 1979.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014
U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Terangkan susun lapis masyarakat Melayu
di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2. Bincangkan faktor-faktor yang menyekat
penguasaan British di Johor sehingga tahun 1914.
3. Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi
yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Huraikan prinsip umum
Undang-Undang Tubuh Johor dalam mengekalkan kestabilan sosiopolitik di Johor
pada abad ke-19
2.Jelaskan reaksi penduduk
tempatan di Sarawak terhadap British pada tahun 1946.
3.Terangkan langkah-langkah
yang dimabil oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat Dasar Perindustrian
Negara dari tahun1980-an hingga tahun 2000.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2015U
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Terangkan bentuk dan
pelaksanaan adat Perpatih dan adat Temenggung di Tanah Melayu. [20]
2.Bincangkan perjuangan
Kesatuan Melayu Muda dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dari tahun 1938
hingga tahun 1942. [20]
3.Nilaikan sumbangan Tun Razak
bin Dato’ Hussein dalam pembangunan ekonomi di Malaysia hingga tahun 1974.
ANALISA BAHAGIAN B
Bahagian B: Sejarah Asia
Tenggara 3/2013
4. Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional
di Vietnam sebelum berlakunya perluasan kuasa Perancis.
5. Analisiskan faktor-faktor yang
mempengaruhi kemunculan kesedaran nasionalisme di Indonesia pada abad ke-19.
6. Nilaikan dasar luar Filipina dari tahun
1945 hingga tahun 1963.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2013 U
4. Bincangkan peranan raja dalam sistem
pemerintahan beraja yang diamalkan di Thailand pada abad ke-19.
5. Bincangkan perkembangan dasar pendidikan
Belanda di Indonesia pada abad ke-19.
6. Huraikan bentuk pemerintahan sistem
republik di Filipina pada abad ke-20.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2014
4. Bincangkan struktur sosial masyarakat di
Vietnam sebelum campur tangan Barat.
5. “Penjajahan Belanda di Indonesia pada
abad ke-19 telah mengakibatkan transformasi ekonomi berlaku di negara itu.”
Bincangkan pernyataan tersebut.
6. Nilaikan sumbangan Phibun Songkram terhadap
perkembangan nasionalisme di Thailand dari tahun 1938 hingga tahun 1944.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2014 U
4. Jelaskan sistem pembesar di Thailand
sebelum kedatangan kuasa Barat.
5. “Pendudukan Jepun dari tahun 1941
sehingga tahun 1945 di Indonesia telah mempengaruhi perkembangan gerakan
nasionalisme di Indonesia.” Jelaskan.
6. Bincangkan penglibatan Filipina dalam
organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2015
4.Perihalkan peranan raja Vietnam
dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sebelum penjajahan Perancis.
5.Huraikan kesan campur tangan
British terhadap pentadbiran tempatan di Myanmar pada abad ke-19 hingga abad
ke-12.
6.Huraikan bentuk pemerintahan
raja berperlembagaan yang diamalkan di Thailand pada abad ke-20.
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 3/2015 U
4.Terangkan pengkomersialan
ekonomi pertanian di Indonesia pada abad ke-19. [20]
5.Terangkan pekembangan Yong
Men Buddha Association [YMBA] dalam perkembangan nasionalisme di Myanmar. [20m]
6.Bincangkan penglibatan
Thailand dalam South East Asia Teat Oganisation [SEATO] [20]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan