ARKIB : 19/02/1998
Menurut perspektif sejarah, permainan itu dibawa oleh
seorang bangsawan Bugis dari Makasar yang bernama Tok Tuan pada tahun 1720 dan
membuka perkampungannya di sebuah tempat yang bernama Makasar, di daerah Pekan.
Dr. W. Lenehein, JMBRAS VO.1XIV. part II. Januari 1936
menulis permainan itu cukup popular di Pahang semasa pemerintahan Sultan Ahmad
(1882-1914), Sultan Mahmud (1914-1917) dan zaman Sultan Abdullah (1917-1932).
Berlaga buah keras sering dimain-kan bersempena majlis
keramaian ketika menyambut pembesar negeri berangkat melawat ke kawasan
kampung.
Lebih meriah lagi di kalangan rakyat di Pahang menjadikan
permainan itu untuk bertaruh wang ringgit bagi menghasilkan pulangan yang
lumayan apabila memperoleh kemenangan.
Unsur terpenting untuk menghi-dupkan permainan tradisi
itu ialah buah keras itu sendiri, alat pengapitnya, pengalas atau pelapiknya.
Buah keras betina dan buah gandung (berbentuk seperti
telur ayam) merupakan pilihan utama untuk digunakan dalam permainan itu.
Pelbagai cara pemerosesan bagi membolehkan buah keras itu
kuat seperti direndam ke dalam air asam gelugur, menggoreng sehingga kekuningan
kemudian disapu dengan manisan (gula) kabung.
Manakala alat pengapit buah keras diperbuat daripada
kayu-kayan yang teguh daripada jenis sena, merawah dan meranti. Manakala pada
bahagian yang akan diletakkan buah keras itu disalutkan dengan timah atau
tembaga.
Pengalas atau pelapik buah keras dalam pengapit diperbuat
daripada ijuk (jerami) dan sabut. Pengalas itu berfungsi untuk mengimbangi dan
mengelakkan daripada berlaku pergeseran semasa proses perlagaan.
Mengikut peraturannya, permainan itu diserta oleh dua
pasukan yang terdiri daripada dua orang penghencang yang mewakili pasukan
masing-ma-sing.
Menang atau kalah pertaruhan an-tara dua pasukan
bergantung kepada ketahanan buah keras serta kebijaksanaan dan kegagahan
penghencangnya.
Menghencang (menghentak dengan kaki) merupakan peringkat
terakhir yang cemas dan mendebarkan.
Berbagai aksi dan gaya tari seolah-olah bersilat
dilakukan oleh kedua-dua orang yang menghencang buah keras itu pada pengapit.
Jika salah sebijinya pecah, kemenangan berpihak kepada
pemilik buah keras yang tahan lasak dan kuat.
Di samping mengisi masa lapang pada majlis keramaian,
pemain tetap mencari idea untuk menguatkan buah keras masing-masing untuk
memenangi pertaruhan.
Apabila penipuan berlaku terhadap buah keras, perbalahan
kerap berlaku antara kedua-dua pihak.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm#ixzz4FWqtLnUJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan