Pada hari ini 15.7.1971,
persidangan undang-undang Malaysia yang pertama telah diadakan di bangunan
Komanwealth dan telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Yang Amat
Berhormat Tun Abdul Razak bin Hussein. Turut hadir di dalam persidangan itu
ialah Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tun Azmi, Peguam Negara Tan Sri Kadir
Yusof, hakim-hakim dan peguam-peguam. Persidangan ini turut dihadiri pengamal
undang-undang dari Singapura. Di dalam perasmian ini yang Amat Berhormat Tun
Razak telah menyeru ahli undang-undang supaya menaburkan jasa bakti dan memberi
sumbangan untuk memikirkan undang-undang yang sesuai dengan kehendak masa dan
masyarakat yang merupakan tiang penyokong ke arah keamanan dan kemajuan
sesebuah negara. Beliau juga menegaskan tentang peranan peguam-peguam kepada
masyarakat di samping itu menekankan pergantungan undang-undang negara di atas
kebijaksanaan hakim mengiterpretasikan undang-undang bagi kes-kes yang baru
yang belum pernah berlaku. Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan masalah
undang-undang dan masalah kesesuaiannya perubahan-perubahan sosial, politik dan
ekonomi yang pesat berlaku di negara-negara yang sedang membangun seperti
Malaysia. Perubahan-perubahan yang pesat dan masalah-masalah yang sedang
dihadapi serta kerjasama dari setiap individu untuk bertanggungjawab mematuhi
perlembangaan undang-undang menjadi issu hangat yang dibahaskan di dalam majlis
persidangan perundangan ini. Persidangan perundangan yang diadakan pada hari
ini dalam tahun 1971 adalah merupakan kali yang pertama diadakan untuk
membincangkan perlembangan undang-undang secara terbuka di negara ini. Sebelum
ini sesuatu perbincangan dan perjumpaan adalah tertutup dan hanya dibincangkan
oleh ahli-ahli jawatakuasa Majlis Perundangan.
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan