JURUGAMBAR Sepanyol, Lucas
Vallecillos berpeluang merakamkan kehidupan wanita di Okiya, pusat latihan
untuk Geisha.
DUA Geisha menaiki sebuah teksi
untuk ke satu lokasi bagi bertemu pelanggan.
GEISHA dilatih untuk menjadi
pelayan yang sempurna dan petah berbicara dengan pelanggan.
GEISHA dilatih menyanyi dan
menari untuk menghiburkan pelanggan.
BEDAK putih disapu pada muka.
leher, bahu dan belakang Geisha.
WANITA berlatih selama
bertahun-tahun sebelum layak digelar Geisha.
UNTUK menjadi Geisha pelatih
mempelajari tradisi lama dan melupakan kehidupan moden.
Wanita pelayan di Jepun atau
lebih dikenali sebagai Geisha sudah menjadi sebahagian daripada budaya negara
matahari terbit itu sejak 400 tahun dahulu.
Walaupun diasak dengan arus
kemodenan tetapi sebilangan wanita di Jepun masih berjaya mengekalkan tradisi
berkenaan.
Geisha sering disalah anggap
sebagai pelacur, namun wanita ini sebenarnya menawarkan bakat menghibur
bukannya tubuh badan mereka.
Dunia seorang Geisha masih
dianggap penuh dengan rahsia dan jarang pelancong asing yang datang ke Jepun
berpeluang dapat melihat wanita ini.
Bagaimanapun, seorang
jurugambar Sepanyol, Lucas Vallecillos baru-baru ini diberi peluang untuk
merakamkan kehidupan golongan ini secara lebih dekat.
Vallecillos mengambil gambar
beberapa Geisha sedang memakai kimono pakaian tradisi Jepun.
Wanita itu kemudiannya memakai
bedak putih di muka, celak berwarna gelap dan gincu merah menyala di bibir.
Vallecillos juga mengekori
wanita ini ke dalam ruangan makan untuk menghiburkan pelanggan yang terdiri
daripada golongan atasan dan ahli perniagaan.
Gambar yang dirakam Vallecillos
secara tidak langsung memberi peluang kepada orang luar untuk mengintai dunia
yang terikat dengan tradisi ini.
Sebelum layak digelar Geisha
atau Geiko, wanita perlu masuk ke sekolah latihan yang dikenali sebagai Okiya.
Pelatih akan dikenali sebagai
Maiko dan mereka akan dilatih selama beberapa tahun sebelum layak dipanggil
Geisha.
Maiko perlu belajar menyanyi,
menari dan berlatih berbual dengan lancar serta menyenangkan pelanggan.
Mereka juga mesti belajar
bermain alat muzik, menjadi pelayan yang sempurna dan sentiasa berpenampilan
menarik serta bermaruah.
Elemen latihan ini mungkin
kedengaran mudah tetapi latihan dan kehidupan seorang Geisha jauh lebih sukar.
Bagi Maiko, diiktiraf sebagai
Geiko dianggap sebagai satu pencapaian dan penghormatan yang besar.
Pada permulaan latihan di
Okiya, Maiko perlu melakukan pelbagai kerja dari pagi sehinggalah ke malam.
Maiko akan berkongsi bilik
dengan pelatih yang lain dan juga Geiko.
Mereka turut ditugaskan
membantu Geiko bersiap dan memakai pakaian untuk melayan pelanggan.
Maiko mesti sentiasa
menunjukkan rasa hormat kepada Geiko dan melutut di hadapan wanita itu setiap
kali mereka pulang ke bilik.
Kerana tidak tahan dengan
peraturan yang ketat ramai wanita keluar dari Okiya sebelum menamatkan latihan
mereka.
Kebanyakan wanita muda ini
berhenti kerana merindui kehidupan selesa di rumah dan terperangkap dengan
kehidupan moden.
Ada pelatih yang meninggalkan
Okiya selepas mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar dan pelbagai
alasan lagi.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 9:58 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan