BOM lama zaman Jepun yang
ditemui.
Abnor Hamizam Abd Manapam@hmetro.com.my
Bahau: Rutin seorang lelaki
mencari buluh di ladang sawit berhampiran Kampung Orang Asli Langkap, Dangi
dikejutkan dengan penemuan sebutir bom lama, kelmarin.
Bom dipercayai digunakan ketika
zaman penjajahan tentera Jepun ditemui di kawasan semak di ladang berkenaan,
kira-kira jam 3.40 petang.
Ketua Polis Daerah Jempol
Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, curiga dengan penemuan itu, lelaki
berusia 47 tahun kemudian meminta bantuan sekumpulan pekerja ladang yang
tinggal di rumah kongsi.
Katanya, sebaik pekerja
berkenaan memaklumkan objek itu bom, lelaki itu terus pulang ke rumahnya.
“Lelaki itu kemudian membuat
laporan di Balai Polis Dangi jam 10.51 malam sebelum jam 11 malam hari sama,
sepasukan anggota dari Balai Polis Bahau dan Dangi bersama pengadu ke lokasi
penemuan bom berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, hasil
pemeriksaan mendapati bom itu diletakkan berdekatan dengan pokok sawit
dipercayai sudah dialihkan dari lokasi asal ia ditemui.
Menurutnya, Unit Pemusnah Bom
(UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dipanggil sebelum
bom jenis Artillery Shell itu diletupkan, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 10:36 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan