Pada hari ini 16.7.1981, bekas
Perdana Menteri Malaysia Datuk Hussein Onn telah dianugerahkan dengan darjah
Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran 'Tun', iaitu sehari
sebelum beliau melepaskan jawatan PM atas sebab-sebab kesihatan. Anugerah
tersebut disampaikan oleh Yang di Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Sultan
Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dalam satu istiadat di Istana
Negara. Di upacara yang sama, Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad juga telah mengangkat sumpah jawatan. Gelaran yang tertinggi negara ini
diberikan kepada Datuk Hussein sebagai tanda penghargaan negara di atas jasa
dan khidmat beliau kepada rakyat dan negara. Beliau menjadi Perdana Menteri
Malaysia ke-3 pada 14 januari 1976 setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia di
London. Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau memegang jawatan
sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1970 dan dilantik sebagai timbalan Perdana
Menteri pada tahun 1973, di samping itu turut memegang potfolio Menteri
Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam Tun Hussein Onn merupakan
seorang tokoh politik yang tegas dan berpendirian teguh serta sangat mengambil
berat soal-soal hubungan di antara kaum. Oleh itu tidak hairanlah beliau juga
turut di kenali sebagai Bapa Perpaduan Negara.
KEPUTUSAN LIGA SUPER 16.7.2018
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan