Pada hari
ini dalam tahun 1946,
Borneo Utara dan
Pulau Labuan telah
diisytiharkan dengan rasminya
sebagai tanah jajahan
takluk Kerajaan Baginda
Raja Britain. Perintah Penyerahan
bertarikh 10 Julai
1946 telah dibacakan
oleh Jeneral Gimmons. Dengan
Perintah Penyerahan ini
Piagam Borneo Utara 1881 dan
Perjanjian 1886 telah
terbatal. Ketika menyampaikan
ucapannya Jeneral Gimmons menyatakan, berkuatkuasa
mulai tarikh tersebut
Labuan dan Borneo
Utara akan diletakkan di
bawah perlindungan Diraja
British dan seluruh
hak kerajaan telah
dipindahkan daripada jurisdiksi di
Singapura kepada Crown di
British. Dalam ucapan
menerima penyerahan itu,
Gabenor Jeneral Malcolm
Mac Donald menyatakan bahawa Borneo
Utara adalah sebahagian
daripada jajahan takluk dan penduduk-penduduknya adalah
warganegara British. Syarikat British Borneo Utara merupakan
syarikat Inggeris yang terakhir diamanahkan untuk melaksanakan
perkembangan ekonomi dan
juga penjajahan di wilayah-wilayah dalam
takluk British.
Perisytiharan ini juga telah mendapat sambutan yang baik daripada
wakil-wakil suku dan kaum di Sabah.
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan