Selasa, 5 Julai 2016

BIOGRAFI GURU BESAR PERTAMA SMK JENGKA 2 1973-1979 HAJI IBRAHIM MOHAMAD

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Tuan Haji Ibrahim Mohamad mula menjawat jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Jengka 2 pada 1 Januari 1973. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru Kaka, iaitu jawatan guru ketika itu dikenali sebagai Guru Kaka.Pada bulan Januari 1949 beliau terpilih mengikuti kursus di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Beliau berjaya menamatkan pengajian pada tahun 1951.[1]

      Setelah tamat pengajian di MPSI, Tuan Haji Ibrahim Mohamad telah ditugaskan mengajar di Sekolah Melayu Gintong. Sekolah ini merupakan tempat beliau menuntut ketika sekolah rendah  dahulu  dan beliau bertugas di sini selama 9 tahun. Sistem pembelajaran ketika itu membolehkan pelajar Darjah 6 belajar beberapa tahun sehinga lulus periksa.Pelajar yang mendapat sijil pertama akan menjagi Guru Kaka.Pada tahun 1961 beliau dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Perian, Pulau Tawar. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah rakyat yang telah diambil-alih oleh kerajaan.

      Pada tahun 1964 beliau ditukarkan ke Sekolah LKTP Sungai Tekam. Pada bulan Januari 1970 beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Cebong, Tembeling. Kemudia pada tahun 1972 beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Tembeling menjadi guru biasa yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Ilmu Alam. Pada bulan Disember 1972 beliau mendapat arahan dari Pejabat Pelajaran Negeri untuk menjadi Guru Besar di SMK Jengka 2.[2]




[1] Temu ramah dengan Haji Ibrahim Mohamad pada 7 Ogos 2015.
[2] Ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan