Rabu, 6 Julai 2016

ASAL USUL PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 2

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Haji Yaakob Mahadi, mantan Pengerusi PIBG dan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Pihak Pengurusan Felda telah pun menetapkan tapak khas untuk pembinaan sekolah. Tapak tersebut terletak di atas puncak bukit berhampiran Klinik Kesihatan Jengka 2.Pengurus Felda Jengka 2, Encik Jamaluddin bertanggungjawab menguruskan pembinaan dua blok bangunan SMK Jengka 2.[1]

   Penulis menemuramah Haji Yaakob Mahadi pada 5.4.2016

Allayarham Muhammad Zain Mat bekas pelajar perintis SMK Jengka 2.

      Menurut Muhammad Zain Mat,pelajar perintis SMK Jengka 2 tahun 1973, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1972 amat perlu kerana ramai peneroka yang memasuki Felda Jengka 2 pada tahun 1971 telah mempunyai anak yang berumur 13 tahun Manakala sekolah menengah yang berhampiran dengan Jengka 2 ialah SM Maran yang terletak jauh dai Jengka 2 .[2]




[1] Temu ramah Hj Yaakob Mahadi  pada 2 Mac 2016.
[2] Temuramah dengan Muhammad Zain Mat pada 5 Mac 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan