ARKIB : 02/03/1998
MUAR 1 Mac - Keputusan
mewajibkan setiap bas ekspres dan bas persiaran memasang kotak hitam bagi
merakam kelajuan kenderaan itu adalah muktamad, kata Menteri Pengangkutan, Datuk
Seri Dr. Ling Liong Sik.
Katanya, peraturan tersebut
tidak perlu dipersoalkan kerana ia adalah untuk kepentingan dan keselamatan
orang ramai, bukannya pemilik-pemilik kenderaan terbabit.
''Keputusan ini tidak akan
diubah lagi kerana ia untuk kepentingan dan keselamatan orang ramai,'' katanya
kepada para pemberita selepas menghadiri perhimpunan Wanita MCA Negeri Johor di
Stadium Sultan Ibrahim di sini, petang semalam.
Dr. Ling menyatakan demikian
ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk Kesatuan
Pengusaha-Pengusaha Bas Ekspres Se-Malaysia yang menganggap pemasangan alat
tersebut tidak sesuai.
Minggu lalu, Presiden
Pengusaha-Pengusaha Bas Ekspres Se-Malaysia, Tan Sri Sulaiman Ninam Shah dalam
satu sidang media di sini, antara lain, menyatakan bantahan terhadap penggunaan
alat tersebut.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_05.htm#ixzz4Fc0YHpOw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan