Jumaat, 29 Julai 2016

SEJARAH..


 

.
PASPORT canggih berteknologi elektronik yang pertama seumpamanya di dunia dilancarkan oleh Dr. Mahahir Mohamad di Kuala Lumpur, hari ini.

Malaysia mencipta sejarah dalam penerokaan bidang teknologi maklumat dengan pelancaran pasport pintar menggunakan teknologi elektronik canggih yang pertama seumpamanya di dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Menteri Dalam Negeri akan melancarkan pasport pintar itu di Kuala Lumpur hari ini.

Teknologi yang diistilahkan sebagai 'contactless substrate' itu membolehkan pasport tersebut dibaca dengan mesin khas iaitu 'Machine Readable Pasport atau MRP' dan butir-butir pasport akan terpapar pada paparan komputer imigresen di pintu-pintu masuk ke negara ini.

Teknologi canggih itu yang diinovasikan oleh IRIS Technologies (M) Sdn. Bhd., yang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen, akan dapat membendung gejala pemalsuan pasport Malaysia yang dilaporkan 'mendapat permintaan tinggi' di pasaran gelap antarabangsa.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz4FmQDeyBO © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan