Sabtu, 23 Julai 2016

GULA.

ARKIB : 05/01/1998..
 
SEBAHAGIAN pelanggan tidak mahu ketinggalan membeli gula di Carrefour Wangsa Maju yang mempunyai bekalan bahan itu, semalam.

Ketika ramai yang mengeluh sukar mendapatkan gula di sebahagian besar premis di negara ini, para pelanggan pasar raya membeli-belah Carrefour Wangsa Maju, Kuala Lumpur lega kerana bahan keperluan itu boleh diperolehi dengan mudah di situ.

Ini menyebabkan ruang yang menempatkan bahan keperluan itu tidak putus-putus menjadi tumpuan ramai sepanjang waktu operasinya, semalam.

Sedangkan pada masa ini beberapa pusat membeli-belah dan kedai di kawasan sekitar Wangsa Maju dan kawasan lain di Lembah Klang tidak mempunyai bekalan gula sama sekali.

Krisis kekurangan gula dipercayai berlaku kerana kegiatan sorok oleh pihak-pihak berkenaan sementara menanti harga baru yang lebih tinggi pada 1 Februari ini selain permintaan yang meningkat menjelang perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm#ixzz4FDbLCslL © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan