MENARA tinjau yang diapit
bangunan pencakar langit yang lain di Dubai.
VALSS bersama pengerusi Emaar
Properties, Mohamed Alabbar.
MENARA ini turut dilengkapi
hotel, restoran dan apartmen.
PROJEK menara terbaru ini yang
lebih tinggi daripada Burj Khalifa.
Sekali lagi, Dubai menggapai
langit dengan membina bangunan tertinggi di dunia dan menewaskan binaannya
sendiri, Burj Khalifa.
Lebih menarik lagi, menara itu
akan mempunyai balkoni berputar dan landskap menarik, yang diinspirasikan dari
taman gantung Babylon.
Syarikat yang disokong
kerajaan, Emaar Properties, berharap menara baru itu akan menarik gelombang
segar pembeli walaupun terdapat bangunan pencakar langit lain menjanjikan
pemandangan indah.
Syarikat sokongan kerajaan di
sebalik projek itu, Emaar Properties berharap menara baru itu menarik gelombang
baru pemilik rumah yang mahukan pemandang indah selepas sebuah bangunan tinggi
di kawasan berhampiran terbakar pada malam Tahun Baru.
Pengerusi Emaar Properties,
Mohamed Alabbar berkata, menara tinjau baru itu akan mempunyai `muncung’ yang
membuatkannya lebih tinggi dari Burj Khalifa yang setinggi 828.14 meter.
Bagaimanapun, dia enggan
menjelaskan berapa tinggi menara itu.
Tidak seperti Burj Khalifa,
menara bernilai AS$1 bilion (RM3.88 bilion) itu berbeza dengan pencakar langit
tradisional dengan puncak menara disokong menggunakan kabel manakala dek tinjau
mengandungi taman yang diserikan dengan pokok dan tumbuhan hijau lain.
Menurut Emaar, menara unik itu
akan dilengkapi hotel butik, restoran, balkoni kaca yang berputar di luar
dinding menara.
Bagaimanapun, struktur reka
bentuk bangunan itu menyebabkan ia tidak mungkin diiktiraf sebagai `bangunan’
lebih tinggi daripada Burj Khalifa walaupun ia melebihi ketinggiannya.
Majlis Bangunan Tinggi dan
Habitat Bandar yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat, sebagai contoh,
berkata, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada ketinggian struktur mesti
mengandungi kawasan lantai yang boleh digunakan untuk dipertimbangkan
kedudukannya sebagai bangunan tertinggi di dunia.
Untuk itu, menara
telekomunikasi dan menara tinjau biasanya tidak layak memandangkan ia hanya
mempunyai sejumlah kecil tingkat.
Jadi, tidak hairanlah Burj
Khalifa bakal `ditewaskan’ oleh sebuah bangunan pencakar langit yang dalam
pembinaan di Jeddah, Arab Saudi, yang menjanjikan ketinggian melebihi 1000
meter.
Menara Dubai yang baru ini
dijangka dibuka apabila Dubai menjadi tuan rumah Ekspo Dunia pada 2020.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 13 April 2016 @ 1:41 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan