Sabtu, 23 Julai 2016

PEMBUKAAN RASMI PUSAT LATIHAN HARIAN, KUANTAN 23.7.1965

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan kemahiran.  Sejak mencapai kemerdekaan, usaha-usaha sentiasa dijalankan bagi memberi pendidikan kepada penduduk di negara ini.

Pada hari ini, 23.7.1965, Menteri Pelajaran, YB Encik Mohd. Khir Johari telah merasmikan Pusat Latihan Harian Kuantan Pahang.


Di bawah Rancangan Lima Tahun Kedua (19610-1965) pelbagai kemudahan pelajaran telah disediakan di negeri Pahang.  Dalam tempoh tersebut sebanyak 133 buah sekolah baharu, 2 pusat latihan harian, 3 sekolah pelajaran teknik, 5 buah asrama dan 191 rumah guru telah didirikan.


Dengan penubuhan Pusat Latihan Harian ini, pelbagai kemahiran telah dapat diberikan kepada para penduduk dan ini telah membawa kepada wujudnya tenaga pekerja yang berkemahiran, berdikari dan berpengalaman dalam memenuhi kehendak negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan