Pada hari ini 11.7.1962,
Kerajaan Persekutuan mengumumkan perlantikan Encik Ismail Ali sebagai Gabenor
Bank Negara yang baru. Encik Ismail Ali sebelum ini memegang jawatan Timbalan
Gabenor Bank Negara telah mengambil alih jawatan daripada Gabenor Bank Negara
yang pertama iaitu W.H. Wilcock. J.G. Menzies daripada Bank Negara Australia
yang dipinjamkan ke Bank Negara Malaya dilantik sebagai Timbalan Gabenor. Encik
Ismail Ali dilahirkan pada tahun 1918 di Kelang Selangor. Mendapat pendidikan awal di Victoria Institution,
Kuala Lumpur dan kemudian lulus dalam bidang ekonomi daripada Universiti
Cambridge pada tahun 1941 dan seterusnya mendapat ijazah undang-undang dalam
tahun 1943 dari Middle Temple, Inns Court, London. Beliau memasuki Perkhidmatan
Awam Malaya pada tahun 1946. Beliau pernah menjadi Timbalan Kerajaan Negeri
Selangor (1948-1950). Timbalan Setiausaha Bahagian Ekonomi Perbendaharaan
Negara, Pegawai Pengawal di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Duta Ke
Amerika Syarikat dan pada tahun 1960 dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank
Negara. Dengan perlantikan Encik Ismail Ali sebagai Gabenor Bank Negara bukan
sahaja merupakan satu sejarah bagi anak Melayu tetapi juga membuktikan bahawa
orang Melayu mampu mencapai kecemerlangan jika diberi peluang dan didikan
sempurna.
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan