MUMIA budak perempuan berusia
18 bulan yang masih memakai gelang.
CUACA panas dan kering gurun
dipercayai membantu proses pengawetan.
MUMIA ditemui ditanam di batu
kapur di bawah permukaan gurun.
LEBIH 1,700 mumia ditemui
setakat ini.
ANTARA rangka yang ditemui.
Satu tanah perkuburan
mengandungi lebih sejuta mumia ditemui di tengah Mesir, menurut arkeologi.
Setakat ini saintis sudah
mengeluarkan lebih 1,700 mumia yang dalam keadaan baik kerana dilindungi cuaca
gurun yang panas dan kering di wilayah Faiyun, kira-kira 96 kilometer ke
selatan Kaherah.
Bagaimanapun, pakar percaya
mungkin ada sehingga sejuta lagi mumia seumpama itu tertanam dalam batu kapur
yang sedalam 22.9 meter.
Mumia itu dipercayai ditanam di
situ 1,500 tahun lalu antara kurun pertama dan ketujuh Masihi ketika Mesir
dijajah Empayar Rom serta Byzantine.
Bagaimanapun mumia berkenaan
dipercayai orang awam kerana ditanam di dalam kubur besar-besaran tanpa
barangan peribadi atau keranda, berbeza dengan golongan bangsawan atau orang
penting yang disemadikan di dalam piramid atau makam.
Satu lagi perbezaan, organ
dalaman mumia ini juga tidak dibuang.
Mumia ditemui itu mengelirukan
pakar kerana pekan yang mungkin pernah terletak di situ terlalu kecil manakala
bandar terdekat, Philadelphia-yang dinamakan sempena Raja Ptolemy II-mempunyai
tanah kuburnya sendiri.
Ada juga antara mumia berkenaan
yang pelik, termasuk satu dipercayai lelaki setinggi lebih 2.13 meter, malah
ada juga yang dikebumi di lokasi tertentu berdasarkan warna rambut mereka.
Pengarah projek, Profesor Kerry
Muhlestein dari Universiti Brigham Young berkata, satu lagi ciri pelik mumia
berkenaan ialah gigi mereka hampir semua elok.
Mumia seorang budak dipercayai
perempuan berusia 18 bulan juga ditemui masih memakai gelang pada lengannya.
"Mumia ini dibalut elok
dan mereka cuba melakukan proses mumia lengkap kerana organ seperti otak dan
lidahnya diawet elok. Nyata dia amat disayangi keluarganya," kata
Muhlestein.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:03 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan