Sabtu, 23 Julai 2016

GERAKAN RAKYAT SETIA DILANCARKAN 23.7.2016

 Pada  hari  ini  dalam  tahun  1967,  Timbalan  Perdana  Malaysia  Datuk  Abdul  Razak  Hussein  telah  melancarkan  Gerakan  Rakyat   Setia  di  Dewan  Tunku  Abdul  Rahman  di  Kuala  Lumpur.   Ketika  berucap  pada  majlis  perlancaran  ini,  Datuk  Abdul  Razak  menyeru  rakyat  agar  mengamalkan  budaya  hidup  muhibbah  dengan  berlandaskan  prinsip  tabah  dan  jujur  serta  menumpukan  perasaan   kecintaan  terhadap  negara.  Beliau  juga  menegaskan  bahawa  dengan  cara  inilah  Malaysia  akan  membangun  menjadi  sebuah  negara  yang  maju  dan  bersih   daripada  sebarang  ancaman   anasir  luar.  Turut  serta  dalam  majlis  pelancaran  ini  ialah  Ketua  Polis  Negara  serta  wakil-wakil  daripada  parti  UMNO, MCA  dan  MIC. Di  akhir  upacara  pelancaran  ini,  dua  buah  jawatankuasa  telah  dibentuk  bagi  menjayakan  gerakan  tersebut.  Jawatankuasa  itu  terdiri  daripada  Jawatankuasa  Kebangsaan  yang  telah  dipengerusikan  oleh  Tan  Siew  Sin,  Manakala  Jawatankuasa  Pusat  pula  telah  dipengerusikan  oleh  Encik  Mohd  Khir  Johari.  Sesungguhnya,   kesetiaan  rakyat  kepada  negara  dan  pemimpin  merupakan  elemen  utama  yang  membantu  ke  arah   memajukan  serta  mengekalkan  kemerdekaan  negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan