ARKIB : 01/01/2000
MOSCOW 31 Dis. - Presiden
Rusia, Boris Yeltsin mengumumkan di televisyen nasional hari ini bahawa beliau
meletak jawatan dan pilihan raya Presiden akan diadakan dalam tempoh 90 hari
bagi menggantikannya.
Pengumuman itu menyebabkan
Rusia benar-benar terkejut, dan dipercayai mengheret negara itu ke dalam satu
lagi krisis politik kerana parti-parti berusaha keras untuk pilihan raya
Presiden yang tidak dijangka itu.
Kelihatan pucat dan bersemangat
dalam ucapan di televisyen nasional, Yeltsin, 68, berkata, beliau telah
menyerahkan kuasanya kepada Perdana Menteri Vladimir Putin, calon kegemarannya
untuk menggantikan sebagai Presiden.
''Hari ini, pada hari terakhir
abad ini, saya meletak jawatan,'' kata Yeltsin.
Peletakan jawatan itu
dipercayai mengambil kesempatan ke atas kejayaan parti-parti pro-Kremlin
berhaluan tengah dalam pilihan raya Parlimen baru-baru ini.
Parti-parti yang menyokong
Putin memperoleh keputusan yang baik, dan mengukuhkan usaha bagi meletakkannya
ke Kremlin sebagai pengganti Yeltsin.
Menurut perlembagaan Rusia,
pilihan raya Presiden perlu diadakan dalam tempoh 90 hari selepas Presiden
meletak jawatan.
Putin akan bertindak selaku
presiden dalam tempoh peralihan, membolehkan beliau memperoleh kelebihan dalam
persaingan merebut jawatan presiden.
Ini adalah satu lagi tindakan
Yeltsin yang tidak disangka-sangka sepanjang tempoh dua penggal membawa Rusia
melepasi cabaran yang ditempuhi.
Yeltsin yang didakwa terbabit
dalam rasuah kebelakangan ini, dilaporkan berusaha untuk mendapatkan jaminan
keselamatan untuk keluarga dan dirinya apabila meletak jawatan. - AP
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_04.htm#ixzz4F82dfPIf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan