Belia memainkan peranan penting
kepada pembangunan sesebuah negara. Bagi Malaysia dengan kemajuan-kemajuan yang
dicapai oleh pergerakan-pergerakan Belia telah meninggikan lagi taraf dan
kedudukan ekonomi penduduk-penduduk di dalam dan luar bandar. Pada hari ini 29
Julai 1974, Perdana Menteri Malaysia YAB. Tun Abdul Razak bin Hussien telah
merasmikan Perhimpunan Gerakan Belia 4B Malaysia di Johor Bahru, Johor. Turut
serta di Majlis Perhimpunan tersebut ialah YB. Datuk Mohamad Rahmat dan YB.
Datuk Haji Othman Saat. Perhimpunan Gerakan Belia 4B diadakan, selain daripada
bertujuan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan, ianya juga bertujuan untuk
memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman antara Persatuan -persatuan Belia 4B
Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri berkata bahawa adalah
lebih berkesan jika semua pertubuhan belia dan lain-lain mengembelingkan tenaga
dan bekerjasama di dalam projek-projek yang menyeluruh dan membawa manfaat yang
lebih besar kepada negara. Beliau juga berterima kasih kepada pimpinan
Pergerakan Belia 4B di atas sokongan dan kerjasama serta khidmat bakti mereka
yang banyak untuk faedah belia khasnya dan faedah masyarakat amnya.
Sesungguhnya dengan adanya perhimpunan Pergerakan Belia 4B Malaysia diharap
akan mewujudkan Belia Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, berbudaya luhur
dan berketrampilan dengan berasaskan pembangunan belia yang seimbang di semua
bidang kehidupan di samping memiliki semangat patriotik dan budaya kerja
cemerlang demi kepentingan agama, bangsa, negara dan dunia sejagat.
Label
- BADMINTON MALAYSIA
- BALASUNGKAWA
- HARI INI DALAM SEJARAH
- JEPUN DI TANAH MELAYU
- KARTUN
- MERDEKA
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH
- PKM
- REKOD EKSPEDISI
- RENCANA
- RENCANA SEJARAH
- RUMAH TRADISIONAL
- SEJARAH BOLA SEPAK PIALA DUNIA 98
- SEJARAH DUNIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH ISLAM
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH PENDIDIKAN
- SEJARAH SMKJ2
- SEJARAH STPM P1
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH SUKAN
- SENIMAN
- SIRAH NABI
- TOKOH MALAYSIA
- TOKOH SEJARAH ISLAM
- TOKOH TEMPATAN
- WIRA ATM
- WIRA DARURAT
- WIRA MENENTANG PENJAJAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan