Khamis, 14 Julai 2016

MAJLIS PENASIHAT PELINDUNG PENGGUNA KEBANGSAAN DITUBUHKAN

Teguran dan pandangan daripada pelbagai pihak dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan tepat bagi sesuatu perkara apabila dilaksanakan. Sebagai orang tengah dalam hal berkaitan dengan pelindungan pengguna, kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan. Pada hari ini 14 Julai 1973, Timbalan Menteri Pedagangan dan Perindustrian, Datuk Musa Hitam telah merasmikan Majlis tersebut. Majlis ini ditubuhkan di bawah kuasa Akta Kawalan Harga 1946, ia bertindak sebagai badan penasihat untuk menasihati Menteri Pedagangan dan Perindustrian (sekarang ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna) mengenai hal ehwal harga, stok penimbal barangan dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Majlis ini menggabungkan keanggotaan daripada tiga pihak yang terlibat dengan pengguna iaitu agensi kerajaan, golongan perniagaan dan persatuan-persatuan pengguna. Ini bertujuan supaya ketiga-tiga pihak dapat berunding dan mencari sefahaman dalam usaha memelihara dan meningkatkan lagi tahap pelindungan pengguna. Penubuhan Majlis ini telah menampakkan hasilnya apabila melalui nasihat dan panduan yang diberikan beberapa akta telah dikemaskinikan termasuklah Akta Perihal Dagangan 1972. Selain daripada itu untuk kesedaran pengguna dengan mengadakan seminar, forum, dailog, perbincangan, penerbitan risalah dan lain-lain lagi. Hari ini usaha-usaha meningkatkan kesedaran dan tahap pelindungan kepada pengguna semakin kerap dijalankan. Hal ini akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu pengeluar dan pengguna melalui pendekatan perbincangan dalam satu majlis seperti ini.

SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids

Tiada ulasan:

Catat Ulasan