OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sebaik sahaja menjawat jawatan sebagai Guu Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jengka 2, saya mula menghidupkan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.Pada tahun 2003 saya telah membuat kajian tentang Mat Kilau bersama Cikgu Soberi Hadzir di Pulau Tawar, Jerantut. Tujuan kajian ini ialah untuk mengisi ceramah Jejak Mat Kilau untuk Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Jengka 2. Tokoh yang kami pilih ialah Imam Muhammad, Imam Masjid Pulau Tawar yang merupakan cucu Mat Kilau.
Untuk menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2003 saya dibantu oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang diketuai oleh Hafizul Che Wail, Pengerusi Kadet Bomba sekoah dan Nurul Anuar Yusof, Ketua Pengawas SMK Jengka 2. Merekalah yang terlibat dalam pesembahan drama, meynusun dewan dan membuat prop di atas pentas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan