FLANGKAWI 1 Jan. - Satu rekod
baru tercipta hari ini apabila seorang penjinak ular berjaya hidup bersama
hampir 300 ekor ular tedung senduk dan kala jengking dalam bilik khas, di sini
untuk selama 42 hari.
Kejayaan Khairul Anuar Johari,
25, mengatasi rekod yang dicipta gurunya, Mohd. Noor Abdullah selama 35 hari
tahun lalu, akan dirujuk kepada Buku Rekod Malaysia (MBR) untuk pengiktirafan.
Selepas mendapat pengiktirafan
MBR, ia akan dirujuk pula kepada Buku Rekod Dunia Guiness memandangkan
percubaan ini dianggap bertaraf antarabangsa.
Menurut Khairul, sejak 20
November lalu, beliau bernasib baik kerana tidak menerima banyak tentangan dari
'haiwan-haiwan berbisa' sebilik dengannya melainkan dua kali disengat seekor
kala jengking tengah hari semalam.
Kongsi Konten di :
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_05.htm#ixzz4F8FVXSnB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan