Rabu, 27 Julai 2016

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN YANG PERTAMA

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1955,  Pilihanraya  Persekutuan  yang pertama  di  Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  diadakan  dengan  mempertandingkan  sebanyak  52 buah  kerusi.   Parti-parti  yang  mengambil  bahagian  dalam  pilihanraya  ini  ialah   Parti  Perikatan  yang terdiri  daripada  parti  UMNO, MCA  dan  MIC.  Parti  Perikatan mempertaruhkan  seramai  52 orang calon,  bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya.  Manakala  Parti  Negara, dibawah  pimpinan  Datuk  Onn  pula  telah  mengemukakan seramai  33 orang calon.  Diikuti  dengan  Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon.  Antara  Parti-parti  lain  yang  turut  serta  mengambil  bahagian dalam  pilihanraya  ini ialah Parti Buruh,  Parti Kemajuan Perak,  Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.  Parti Perikatan telah berjaya  memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Manakala,  sebuah  lagi  kerusi telah dimenangi oleh PAS. Berikutan daripada itu Parti Perikatan telah berjaya membentuk sebuah kerajaan dengan Tunku Abdul Rahman,  selaku  pemimpin Parti  Perikatan  telah dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah  Melayu. Sesungguhnya, semangat kerjasama dan muhibbah dikalangan anggota Parti Perikatan telah  menjadi  teras  kepada  kejayaan  yang  diperolehi  serta  membawa  kepada  kemerdekaan  negara  pada  31  Ogos  1957.

Sumber- http://hids.arkib.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan